Thursday, September 24, 2009

Perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang.


Marilah kita berusaha meningkatkan mutu perdebatan dalam Dewan Undangan Negeri. Ini topik yang saya hendak huraikan hari ini. Terutama menjelang perbahasan mengenai belanjawan negeri Pahang yang akan datang.

Setiap kali saya jadi bingung mendengar penghujjahan dan perbahasan yang dangkal. Apatah lagi jika inti perbahasan di fikirkan secara sambilan dan secara sambil lalu. Hasil nya ialah perbahasan yang cetek dan hanya mempunyai nilai buat orang ketawa. Perbahasan dalam Dewan adalah serious business. Yang memerhati kita ialah ketua ketua jabatan yang mempunyai kelulusan tinggi. Mereka boleh menilai keupayaan kita melalui cara kita menyampaikan hujjah dan pengnukilan isi penghujjahan kita.

Jika kita datang dalam Dewan bercakap fasal permainan bola sepak, cerita ayam dan itik di kampong, longkang pecah dan atap bocor, itu hanya mendedahkan kegagalan kita untuk memberI pengutamaan keatas perkara yang kita urus. We don't know how to prioritise. Semua hal hal ini boleh di perdebatkan dalam mesyuarat pembangunan daerah. Janganlah kita menyemakkan masa terhad dalam Dewan dengan cerita atuk nenek ini.

Sebagai orang awam, saya mahukan sebagai contoh, semua Ahli Dewan memberi pandangan terhadap belanjawan negeri. Kita semua tahu belanjawan kita selalu nya deficit. Tapi jangan lah mengeluarkan hujjah yang bodoh dan dangkal menyatakan- tidak mengapa sebab kita perlu belanja kerana kita nak tolong orang miskin.Sikap semberono macam ini menunjukkan kita tidak ada disiplin. Setiap kali sidang belanjawan inilah hujjah yang sering kedengaran. Memang lah benar, kita tahu, kita berasa sedap dan syok bila dapat bantu orang miskin tapi kita mestilah menghubungkan keinginan ingin ber-welfare kepada kemampuan kita menjana lebihan pendapatan. Ini duit hasil cukai keatas rakyat bukan duit atuk kita.

Dan cubalah faham sikit mengenai struktur bajet. Bahagian yang mana yang deficit? Kalau deficit itu dalam bahagian pembangunan- development expenditure, tentulah itu tidak mengapa. Sebab kita mesti berbelanja meningkatkan kemampuan menjana kekayaan dan sehubungan dengan itu, kita kena membiayai keperluan capex. Kalau tak tahu capex , baik jangan duduk dalam dewan.

Kita semua tahu MB akan kata, hasil dari cukai, pelaburan dan lain2 sumber tahun lalu ialah 600 juta. Tapi kita kena belanja 1 billion. Ini contoh. Belanja > dari Hasil maka kita pun berada dalam deficit. Deficit terkumpul pula, iaitu kalau kita jumlahkan defisit dari 10 tahun ke belakang, boleh jadi deficit kita 200 juta. Ini jumlah yang besar. Deficit terkumpul sudah menjadi 1/3 dari hasil semasa. Kalau kita bandingkan pula deficit terkumpul dengan hasil terkumpul, peratusan nya mungkin juga besar. Deficit bukan suatu perkara yang boleh di pooh pooh kan. Kita kena kaji. Kena guna sikit bahan yang ada antara dua telinga tu.

Ahli Dewan mestilah memerhatikan sama ada deficit tersebut di sumbangkan oleh operating expenditure. Kalau bahagian ini yang mengalami deficit, ianya suatu yang membimbangkan. Ia boleh mencerminkan kelonggaran disiplin dalam mengawal perbelanjaan oleh jabatan dan ketua jabatan. Jika ini terjadi, Ahli Dewan mesti membuat teguran jangan diam sahaja. Kita pilih awak semua untuk bercakap hal hal ini lah bukan cakap pasal longkang pecah, atap bocor dan sebagai nya. Secara kebetulan pula, ini hal hal yang selalu di bangkitkan oleh Ahli Dewan berbangsa Melayu. Ahli dewan Cina jarang bercakap fasal hal2 sebegini. Mereka cakap fasal kekurangan premis perniagaan, fasal mendapatkan tempat di university dan mengenai peluang mendapatkan bantuan kewangan setelah dapat tempat di university.

Ahli dewan Melayu hanya bertaraf mandor sahaja memantau jalan yang pecah, atap bocor dan jaga jabatan kebajikan masyarakat.

Kita pun selalu dengar bahawa kerajaan sedang berusaha mencari sumber baru menjana pendapatan. Kita dah dengar hal ini bertahun tahun lama nya, tapi tak ada hasil pun.

Kenapa tidak Ahli Dewan menumpukan dan menggerakkan otak mencari jalan bagaimana kita boleh meningkatkan hasil negeri dengan menambah elokkan kaedah menjana hasil yang sedia ada. Mungkin jawapan nya tidak memerlukan pencarian sumber baru. Mengelokkan kaedah yang sedia ada mungkin jawapan yang terbaik.

Sebagai contoh hasil dari balak. Kita mesti berhentikan cara mengeksploitasi hutan secara sekarang. Kerajaan negeri mengeluarkan kawasan kawasan kepada syarikat pembalakan. Kerajaan dapat hasil daripada bayaran premium dan hasil cukai keatas kayu.

Syarikat pembalakan membayar premium dan bayar cukai dan memasuki kawasan yang telah di luluskan. Walaupun mereka kena bayaran, dan menanggung pula kos tambahan untuk memotong dan seterusnya menjadikan kayu balak kepada papan potong, mereka masih boleh mendapat laba yang banyak. Jika mereka masih lagi boleh untung, bermakna, kerajaan masih ada ruang untuk meningkatkan hasil untuk kerajaan negeri. Industri kayu masih merupakan industri yang lumayan.

Kaedah yang di lakukan sekarang menyumbangkan kepada pencerobohan kawasan dan pencurian kayu. Syarikat yang di luluskan 100 ekar akan menghentam 200 ekar. Sesempat sahaja renjer pejabat hutan sampai, keadaan nya sudah terlambat. Dan perkerja di pejabat hutan pun tergolong kepada ketagori yang boleh di tumbuk rusuk dengan mudah pulak.

Cuba kita ubah kaedah mendapatkan hasil dari hutan. Sebagai contoh kerajaan negeri melantik syarikat syarikat penebangan pokok dan cuci hutan yang di perakui. Hanya mereka sahaja di beri tauliah untuk menebang pokok2 dari mana2 kawasan.

Pokok2 yang di tebang semua nya di kumpulkan dalam bonded matau atau bonded timber market. Kayu kayu yang di kumpul boleh di beli oleh semua pengusaha balak dari premis yang di kawal secara mutlak oleh kerajaan. Ini juga contoh pasaran yang terbuka.

Dengan cara ini, kita tahu, sesiapa yang menebang pokok bukan daripada kontraktor yang beratauliah adalah pencuri pokok. Tangkap dan hukum mereka. Jika di Thailand, sesiapa yang di tangkap ketika menebang pokok secara haram akan di tembak.

Selain dari mengurangkan pencurian pokok dan pencerobohan kawasan, kerajaan dapat menyelia dan merancang dengan lebih teliti eksploitasi hutan negeri kita.Sesiapa sahaja ada peluang yang sama untuk beli hasil hutan. Mereka boleh pergi ke bonded matau untuk beli balak. Setelah itu, apa yang mereka hendak lakukan dengan balak yang di beli, ikut suka meerka.

Kerajaan dapat memaksimakan hasil mereka. Sogokan dan tumbuk rusuk dapat di minimakan. Kerajaan dapat tahu dengan serta merta cukai yang di kenakan dan hasil jualan kayu per tan.

Jumlah padu kayu kayan tidak lagi jadi guesswork bergantung kepada anggaran kasar renjer yang bertugas. Kalau renjer under estimate bagaimana? Si tauke balak hanya perlu bayar hasil yang kecil akibat dari guesstimate sang renjer. Pekara ini dapat di elakkan. Tauke balak beli sebanyak mana kayu yang mereka hendak beli. Mereka tak perlu bayar premium lagi. Mereka bayar harga kayu ikut tan dan bayar cukai keatas kayu. Kos premium dan cukai keatas kayu di satukan dan di serapkan dalam harga yang standard. Jadi harga balak per tan adalah harga komposit yang merangkumi kos cukai, kos premium, kos pengeluaran dan harga pasaran kayu.

Kerajaan tidak perlu lagi dah melayan pengusaha pengusaha swasta yang merogol hutan belantara Pahang. Cuba kita bayangkan berapa banyak hasil yang terbuang dengan menggunakan kaedah yang ada sekarang. Bayaran bayaran adalah bayaran agak agak sahaja. Kawasan selalu kena ceroboh kayu selalu kena curi. Sebab kita beri mereka kebebasan mutlak untuk potong dan kita berharap kepada kejujuran mereka melapur apa yang mereka tebang. Saya tidak pernah dengar ujud nya tauke balak yang jujur. Pegawai jabatan hutan pun manusia yang terdedah kepada rasuah dan tumbuk rusuk. Kadang kadang kalau tak mahu terima, kena ugut dengan pistol.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

no of visitors

Our Blogger Templates

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP