Sunday, September 27, 2009

Nak pulang, tak pulang, dah pulang tercongang congang



Malam semalam, 5 atau 6 kumpulan telah bertemu di beberapa tempat di Teluk Kemang. Hadirin sebulat bermuafakat menyokong penuh supaya pucuk pimpinan pilih Isa Samad jadi calun. Isa tak terdaya nak melawan desakan dan asakan. Walaupun dia rela jika anak dia, Najib Tan Sri Isa di pilih, dia ok. Tapi orang NS yang berdarah Dol Said, bertegas mahukan Isa Samad. Isa Samad adalah bekas MB selama 22 tahun jang- jaso dio banyak kek Nagori Sembilan ni. Semua orang kenal akan Isa.

Mat Hassan MB sekarang mahukan ketua wanita bahagian di pertandingkan. Tapi kalau orang lain tak mahu, apa Mat Hassan boleh buat? Pucuk pimpinan pun semacam mahukan orang lain daripada Isa. Tun Mahathir pun dah beri pancungan maut pada Isa Samad- dia tidak mahu Isa Samad di pertandingkan. Hari2 ini, apa Dr Mahathir cakap nampaknya berbisa dan di ikuti oleh Dato Najib. Malah, Dr Mahathir dah beri kata dua- kalau UMNO ketandusan sangat calun, pertandingkan dia.

UMNO sekarang berdepan dengan dilemma. Adakah pucuk pimpinan sanggup bertembung dengan ahli ahli UMNO? Ahli UMNO sekarang bukan seperti ahli UMNO yang dulu dulu yang akan menerima apa arahan pucuk pimpinan tanpa soal. UMNO hari ini sudah banyak panglima di perbatasan dan mereka mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Pengaruh pucuk pimpinan keatas ahli UMNO pun kian luntur. Barang di ingat, dalam pilihanraya ke12 tempoh hari, satu juta lebih ahli UMNO tidak mengundi calun UMNO sendiri. Calun calun UMNO hanya memperolehi 2.38 juta undi dari 5 juta lebih undi orang Melayu yang bermakna, 3 juta lebih orang Melayu( termasuk 1 juta lebih ahli UMNO sendiri) tidak memilih UMNO.

Yang mana satu pimpinan UMNO nak selamatkan? Mengembalikan kesetiaan ahli atau memenangi hati pengundi? Pengundi lebih ramai daripada ahli UMNO. Yang hendakkan perubahan ialah rakyat jelata yang sudah menzahirkan kejengkilan mereka terhadap UMNO dan nilai nilai yang di bangunkan oleh UMNO.

Apa yang UMNO hendak sekarang? Menang Bagan Pinang atau memulakan perubahan? Saya hanya merasa pelik- mengapa perubahan mahu di mulakan di peringkat ADUN? Ikan kalau buruk, mula nya di kepala. Secara lojik nya, mulakan perubahan di kepala organisasi- yakni di peringkat pucuk kepimpinan parti dan kerajaan. Tunjukkan ketegasan kita dengan menghumban keluar pemimpin yang korap, yang tidak lagi releven kepada kerajaan dan parti.

Pimpinan UMNO hendak terkencing dalam seluar. Mereka telah menjatuhkan hukuman keatas Isa 3 tahun yang lalu. Mustahil, mereka membelakangkan hukuman yang mereka sendiri telah jatuhkan. Merobah keputusan tersebut akan mengesahkan tanggapan bahawa hukuman keatas ISA adalah hasil permainan intrig politik dalaman.

Tapi, tidak memilih Isa, akan meninggikan peluang untuk tewas. Dan jika UMNO tewas, langit kian mendung untuk UMNO.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

no of visitors

Our Blogger Templates

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP