Saturday, November 14, 2009

Bajet Pahang 2010

MB Pahang telah membentangkan bajet negeri tersebut untuk tahun hadapan. Sebagai rakyat biasa yang pernah menjadi wakil rakyat, saya sentiasa mengharapkan perdebatan dan penghujjahan yang bernas dari wakil wakil kita. Saya beranggapan bahawa selain dari pembukaan sidang dewan, persidangan mengenai bajet adalah kemuncak persidangan untuk mana mana tahun.

Ini adalah kerana, pada persidangan tersebut, kerajaan memohon kebenaran untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun consolidated untuk membiayai pengurusan dan pembangunan negeri. Permohonan ini pun mempunyai signifikens yang besar- memohon kebenaran bererti kita harus sedar bahawa wang tersebut, bukan kita punya. Ianya kepunyaan dan milik negeri atau rakyat. Apabila perkara ini disedari maka, aplikasi dan penggunaan tersebut, menjadi suatu perkara yang akan di nilai oleh rakyat. Yang berada di barisan depan sekali, untuk menilai sama ada wang tersebut akan di kendalikan dengan baik, ialah wakil rakyat.

Tahun demi tahun, kita di beri tahu, hasil kerajaan adalah x jumlah nya. Semasa saya jadi wakil rakyat dahulu saya sentiasa mahu menanti kenyataan mengenai pendapatan negeri Pahang keseruhan nya. Maksudnya, hasil kerajaan hanya merupakan sebahagian dari pendapatan negeri yang terkutip oleh kita melalui cukai, royalty, hasil dividen, sumbangan per kapita dari kerajaan persekutuan dan sebagai nya. Maka, hasil kerajaan adalah x daripada Y untuk sesuatu tahun.

Apa guna nya kita tahu income negeri Pahang? Kerana dengan mengetahui pendapatan negeri secara membandingkan rekod, dapatlah kita tahu sama ada kesihatan ekonomi negeri di urus dengan baik. Apabila kita tahu perkara ini, boleh lah kita berdebat dengan rasional. Saya kira MB pun akan suka jika kita berdebat dengan penghujjahan yang rasional dan tidak terpekik terlolong menuduh sembarangan atau memberi sokongan babi buta.

Seperti biasa bajet negeri Pahang berada dalam keadaan defisit. Erti nya, hasil kita kurang dari belanja. Kita belanja lebih dari pendapatan. Bagaimana kita menampung nya? Dengan berhutang dari kerajaan persekutuan.

Sahabat sahabat saya dalam dewan Pahang akan berkata- ah, bukan Pahang sahaja yang defisit. Malaysia pun defisit. Susah lah kita mahu memulakan perdebatan jika kita mempunyai sikap yang sebegini.

Kenalah kita menerangkan, mengapa kita kata defisit tidak mengapa? Janganlah kita mempertahankan defisit dengan menyatakan ianya terjadi sebab kita belanja keatas welfare. Kita tolong orang miskin dan susah. Sememangnya, tolong orang susah dan miskin adalah suatu perkara yang murni. Tapi mustahil, bahagian yang di salurkan kepada oran miskin dan susah, menyebabkan defisit? Tapi point inilah yang akan di gunakan oleh sebahagian besar dari wakil rakyat kita.

Jika kita hanya tahu point seperti ini, nampak sangatlah kita tidak menghalusi ucapan bajet MB dan bila balik ke hotel hujung mingu, tidak mahu menganalisa inti bajet dengan rapi. Kalau kita veri hujjah yang dangkal, maka pengamal media baru seperti sakmongkol akan memberi pandangan nya. Dan pandangan nya tidaklah seperti pandangan budak sekolah pemberita dari Utusan Malaysia yang disebut orang sebagai akhbar yang terbodoh dalam dunia!

Seperkara yang kita harus sedar ialah, defisit tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. Ia jadi tidak baik, jika defisit di guna dan terjadi sebab kita beberlanja keatas perbelanjaan mengurus atau consumption spending. Yakni, kos mengurus naik tapi prodaktiviti tidak naik sama.

Jika defisit terjadi kerana sebab ini rakyat sema akan bertanya- mengapa kos pengursuan naik, tapi kualiti perkhidmatan tidak? Bila kita pergi ke pejabat kerajaan, pegawai keajaan tidak ada di pejabat. Mereka minum teh atau pergi main golf. Ini bukan syarikat bapak mereka punya. Kadang kadang, kita di layan dengan kasar dan secara insensitif sekali. Orang yang datang berurusan dengan pejabat kerajaan di layan seolah olah seperti peminta sedekah yang bergantung kepada ehsan pegawai.

Tentlah ini menjengkilkan perasaan rakyat jelata.

Bersambung…..

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

no of visitors

Our Blogger Templates

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP