Saturday, November 14, 2009

Bajet Pahang 2010

MB Pahang telah membentangkan bajet negeri tersebut untuk tahun hadapan. Sebagai rakyat biasa yang pernah menjadi wakil rakyat, saya sentiasa mengharapkan perdebatan dan penghujjahan yang bernas dari wakil wakil kita. Saya beranggapan bahawa selain dari pembukaan sidang dewan, persidangan mengenai bajet adalah kemuncak persidangan untuk mana mana tahun.

Ini adalah kerana, pada persidangan tersebut, kerajaan memohon kebenaran untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun consolidated untuk membiayai pengurusan dan pembangunan negeri. Permohonan ini pun mempunyai signifikens yang besar- memohon kebenaran bererti kita harus sedar bahawa wang tersebut, bukan kita punya. Ianya kepunyaan dan milik negeri atau rakyat. Apabila perkara ini disedari maka, aplikasi dan penggunaan tersebut, menjadi suatu perkara yang akan di nilai oleh rakyat. Yang berada di barisan depan sekali, untuk menilai sama ada wang tersebut akan di kendalikan dengan baik, ialah wakil rakyat.

Tahun demi tahun, kita di beri tahu, hasil kerajaan adalah x jumlah nya. Semasa saya jadi wakil rakyat dahulu saya sentiasa mahu menanti kenyataan mengenai pendapatan negeri Pahang keseruhan nya. Maksudnya, hasil kerajaan hanya merupakan sebahagian dari pendapatan negeri yang terkutip oleh kita melalui cukai, royalty, hasil dividen, sumbangan per kapita dari kerajaan persekutuan dan sebagai nya. Maka, hasil kerajaan adalah x daripada Y untuk sesuatu tahun.

Apa guna nya kita tahu income negeri Pahang? Kerana dengan mengetahui pendapatan negeri secara membandingkan rekod, dapatlah kita tahu sama ada kesihatan ekonomi negeri di urus dengan baik. Apabila kita tahu perkara ini, boleh lah kita berdebat dengan rasional. Saya kira MB pun akan suka jika kita berdebat dengan penghujjahan yang rasional dan tidak terpekik terlolong menuduh sembarangan atau memberi sokongan babi buta.

Seperti biasa bajet negeri Pahang berada dalam keadaan defisit. Erti nya, hasil kita kurang dari belanja. Kita belanja lebih dari pendapatan. Bagaimana kita menampung nya? Dengan berhutang dari kerajaan persekutuan.

Sahabat sahabat saya dalam dewan Pahang akan berkata- ah, bukan Pahang sahaja yang defisit. Malaysia pun defisit. Susah lah kita mahu memulakan perdebatan jika kita mempunyai sikap yang sebegini.

Kenalah kita menerangkan, mengapa kita kata defisit tidak mengapa? Janganlah kita mempertahankan defisit dengan menyatakan ianya terjadi sebab kita belanja keatas welfare. Kita tolong orang miskin dan susah. Sememangnya, tolong orang susah dan miskin adalah suatu perkara yang murni. Tapi mustahil, bahagian yang di salurkan kepada oran miskin dan susah, menyebabkan defisit? Tapi point inilah yang akan di gunakan oleh sebahagian besar dari wakil rakyat kita.

Jika kita hanya tahu point seperti ini, nampak sangatlah kita tidak menghalusi ucapan bajet MB dan bila balik ke hotel hujung mingu, tidak mahu menganalisa inti bajet dengan rapi. Kalau kita veri hujjah yang dangkal, maka pengamal media baru seperti sakmongkol akan memberi pandangan nya. Dan pandangan nya tidaklah seperti pandangan budak sekolah pemberita dari Utusan Malaysia yang disebut orang sebagai akhbar yang terbodoh dalam dunia!

Seperkara yang kita harus sedar ialah, defisit tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. Ia jadi tidak baik, jika defisit di guna dan terjadi sebab kita beberlanja keatas perbelanjaan mengurus atau consumption spending. Yakni, kos mengurus naik tapi prodaktiviti tidak naik sama.

Jika defisit terjadi kerana sebab ini rakyat sema akan bertanya- mengapa kos pengursuan naik, tapi kualiti perkhidmatan tidak? Bila kita pergi ke pejabat kerajaan, pegawai keajaan tidak ada di pejabat. Mereka minum teh atau pergi main golf. Ini bukan syarikat bapak mereka punya. Kadang kadang, kita di layan dengan kasar dan secara insensitif sekali. Orang yang datang berurusan dengan pejabat kerajaan di layan seolah olah seperti peminta sedekah yang bergantung kepada ehsan pegawai.

Tentlah ini menjengkilkan perasaan rakyat jelata.

Bersambung…..

Read more...

Thursday, October 22, 2009

Projek Tanjung Agas Pekan




  Natuna Pahang punya?


Bila saya menulis mengenai TANJUNG AGAS OIL AND GAS SUPPLY BASE, ramai orang yang menggelabah dan marah. Marah dengan berhujjah, saya tidak kisah. Bila bila masa kita boleh berdebat mengenai suatu yang akan membawa kesan kepada negeri yang kita sama sama sayang.

Ada seorang mamat dengan intonasi bangga, mengherdik saya- tak pernah dengar ke pasal Pulau Natuna? Pulau ini lah yang akan menjadi pelanggan utama, TAOGSB. Waduh, terror budak ni.

Memang saya dengar Pulau Natuna dan tahu juga bahawa pulau ini banyak reseb minyak dan mungkin juga gas asli. Tapi pulau Natuna, setakat hari ini ialah milik Indonesia dan masih menjadi punca perbalahan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia. Cuba beritahu saya, jika pulau ini Indonesia yang punya, mana mungkin syarikat yang berpangkalan di Malaysia( Tanjung Agas) boleh mendapat keutamaan untuk membekal segala keperluan industri minyak dan gas?

Pertama, mesti ada pangkalan perbekalan di Indonesia sendiri.

Kedua nya, kita kena bersaing dengan supply bases yang lain. Kemaman supply base pun tidak mempunyai volumen dagangan yang cukup untuk menampung pemain pemain cari gali gas dan minyak. Pemain pemain seperti Petronas carigali sendiri memikir untuk menarik diri daripada kegiatan di Indonesia kerana tidak cukup volume business disana.Jadi syarikat syarikat tuan rumah yang laparkan bisness akan mendesak kerajaan mereka memberi keutamaan kepada mereka.

LOyang supply base di Singapura merupakan saingan yang cekap untuk membekal barangan dan khidmat kepada oil and gas industry.

Ertinya, selain dari bermegah dengan satu pasaran yang menjadi dispute, kita juga bersaing dengan pangkalan bekalan lain seperti Kemaman supply base, Loyang, Labuan supply base.Maka kepada saya, menggunakan pulau Natuna untuk mensahihkan cadangan projek ini, amat membimbangkan.

Jadi saya tanya si mamat ni- jika masa untuk sampai ke Natuna ialah sekitar 23 jam dari tanjung agas, loyang, labuan dan kemaman, apakah faktor yang boleh beri keutamaaan kepada tanjung agas ? jawapan nya, jika kos kita rendah. Bolehkah kita dengan jujur nya mengatakan bahawa kos kita rendah?

Kita new player in the market. Kecuali kerajaan membantu dengan memberi sabsidi dengan banyak kos kita akan tinggi. Jalan keluar masuk sahaja ke projek ini sudah mencecah RM300 juta yang di perolehi oleh syarikat yang kita tidak tahu darimana datang nya.RM 300 juta bukan jumlah yang sedikit tuan. ia nya separuh hasil revenue negeri Pahang.

Kemudian, seperti yang saya nyatakan, jika kos infra kita tinggi, sudah tentu kos tetap ini akan di bayangkan dalam harga barangan dan khidmat yang kita tawarkan kepada pengguna industry tersebut. Lojistiks sahaja akan mematikan pembekal pembekal yang beroperasi di Tanjung Agas.

Kecuali kita ada captive market. Dan captive market yang baik ialah jika kita ada telaga minyak di perairan Pahang atau Johore. Setakat ini saya tidak ada dengar kita ada telaga minyak di perairan Pahang. Lain lah, PKNP dalam kebijaksanaan kolektif nya tahu,negeri Pahang ada telaga minyak.

TAOGSB adalah suatu bisnes idea yang maklumat mengenai nya paling rahsia dalam dunia. Mengapa saya kata demikian? Sebab saya bercakap dnegan beberapa orang yang berniaga dalam oil and gas business dan maritime business, mereka tidak pernah dengar ini cerita sehinggalah ianya di letupkan dalam akhbar. Ini sungguh menakjubkan kerana business proposal se magnitude ini dapat di rahsiakan sehingga saat akhir. Oleh kerana ianya di rahsiakan, maka kuat anggapan bahawa ini business suda ada towkay punya.

Jika benar, projek raksasa ini yang akan mencecah 5 billion, adalah suatu PFI, mengapa perlu keajaan persekutuan mendahulukan modal? Kenapa 4 /5 orang penganjur projek ini tidak raise the capital from the Money market atau seperti yang di lakukan oleh PKNP –issue bond ke? PKNP ini dahulu- rating dia macam mana yang boleh mengeluarkan bond? Jawapan nya, ialah ianya di jamin oleh sovereign state macam Pahang. Ini bermakna, bond yang di issue yang di jamin oleh kerajaan negeri secara efektif nya menjadi hutang negeri sendiri.

Read more...

Friday, October 2, 2009

Pembelotan ialah pengkhianatan tak bermoral paling dasyat!

Kita baca sana sini mengenai betapa bankrupt nya politik UMNO sehingga terpaksa mengorek di buritan periuk dan memilih Isa Samad. Segala penyokong PKR pun dengan rasa sombong dan megah diri, mengeciskan pilihan UMNO. Mereka telah menggunakan suatu konsep yang selalu di gunakan apabila alasan rasional sudah kehabisan- iaitu the moral highground.

Tapi itu semua mendedahkan sikap hipokrasi gerombolan blogger pro PR. Hanya apabila tindakan tersebut di lakukan oleh UMNO sahaja, para juak PKR akan bersikap sanctimonious. Dalam bahasa Melayu sikap ini, sama lah seperti kuman disebarang lautan mereka nampak, gajah di depan mata tak ternampak.

Politik PKR pun penuh dengan isiu isiu morality. Sebagai contoh kita telah menyebut kes ADUN Bukit Lanjan. Maka bersegeralah segala juak PKR menyatakan kes ini tidak boleh di jadikan kes perbandingan kerana dalam kes ADUN tersebut, dia bukan willing participant. Dan dia tidak ambil duit orang. Point sebenarnya telah di ketepikan oleh pemblog PKR- kerana point yang kita debatkan ialah hipokrasi dalam menggunakan hujjah moral highground. Bagaimana moral high ground tersebut di cabuli, bukan isiu pokok. Soal pokok nya ialah- dalam kes ADUN Bukit Lanjan tersebut, ada isiu morality atau tidak? Kita ajukan soalan ini kerana, semua juru blog PKR mendatangi isiu pemilihan Isa Samad dari sudut moral high ground. Walaupun begitu saya sudah menyebutkan, memang benar dari sudut rakaman per se, ADUN Bukit Lanjan bukanlah willing participant. Tapi kita tidak boleh menyatakan dia bukan willing participant kepada adegan yang di laksanakan bersama partner nya SEBELUM rakaman tersebut. Dan apa yang di lakukan berdua ternyata mempunyai implikasi morality yang lebih besar dari isiu morality UMNO memilih Isa Samad.

Dan kita belum lagi menyebut mengenai morality disebalik huru hara politik yang di jalankan oleh Hassan Ali dan peranan yang di mainkan oleh Anwar Ibrahim.

Minggu lalu, Tun Dr Mahathir dengan tiba tiba menyatakan bahawa UMNO tidak akan terima orang seperti Hassan Ali. Kenapa TDM berkata demikian jika dia tidak membaca mainan politik Anwar Ibrahim dalam tindak tanduk Hassan Ali?

Bayangkan senario ini: apa kata jika Hassan Ali ialah Trojan horse PAS untuk membawa parti itu bergabung dengan UMNO dan melalui cara muslihat tersebut, menghancurkan kerajaan PR Selangor? Dan Hassan Ali, walaupun dalam PAS merupakan comrade in arms kepada Anwar Ibrahim sejak dari zaman university lagi. What if, Hassan Ali dengan galakan dari Anwar Ibrahim mencetuskan huru hara dalam negeri Selangor adalah melaksanakan grand design yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan kerajaan Khalid Ibrahim? Hassan Ali telah mencetuskan huru hara secara begilir gilir yang tidak dapat di nafikan akan meretakkan perpaduan kerajaan PR di Selangor. Tidak kah nanti, hasil dari berantakan yang di cetuskan oleh political gadfly seperti Hassan Ali ini akan 'deliver' kerajaan sSelangor by default kepada BN?

Di mana peranan Anwar Ibrahim dalam hal ini? Dia adalah penasihat kepada PR keseluruhan nya dan dia merupakan cementing ingredient kepada kerajaan PR di Selangor. Dengan memilih untuk berdiam diri dan tidak mengambil peranaan pro-aktif, apa yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim ialah bersubahat keatas proses menghuru-harakan kerajaan Selangor yang akan berakhir dengan kejatuhan. Soalan yang kita Tanya ialah: jenis morality apa kah yang di amalkan oleh Anwar Ibrahim?

Jawapan nya ialah: morality menjaga kepentingan sendiri. Memilih untuk tidak mengambil tindakan tegas berti membantu kerajaan Selangor jatuh secara default. Dan apabila jatuh kerajaan Selangor all because Anwar Ibrahim could have done more, menjadikan Anwar Ibrahim sebagai instrumental in bringing about delivering Selangor to the BN. Dan mungkin, malah besar kemungkinan, bantuan yang di berikan oleh Anwar Ibrahim ini merupakan penepatan janji dari Anwar untuk melepaskan diri dari massalah peribadi nya yang bakal datang. Possible? Very very plausible.

Read more...

Sunday, September 27, 2009

Nak pulang, tak pulang, dah pulang tercongang congang



Malam semalam, 5 atau 6 kumpulan telah bertemu di beberapa tempat di Teluk Kemang. Hadirin sebulat bermuafakat menyokong penuh supaya pucuk pimpinan pilih Isa Samad jadi calun. Isa tak terdaya nak melawan desakan dan asakan. Walaupun dia rela jika anak dia, Najib Tan Sri Isa di pilih, dia ok. Tapi orang NS yang berdarah Dol Said, bertegas mahukan Isa Samad. Isa Samad adalah bekas MB selama 22 tahun jang- jaso dio banyak kek Nagori Sembilan ni. Semua orang kenal akan Isa.

Mat Hassan MB sekarang mahukan ketua wanita bahagian di pertandingkan. Tapi kalau orang lain tak mahu, apa Mat Hassan boleh buat? Pucuk pimpinan pun semacam mahukan orang lain daripada Isa. Tun Mahathir pun dah beri pancungan maut pada Isa Samad- dia tidak mahu Isa Samad di pertandingkan. Hari2 ini, apa Dr Mahathir cakap nampaknya berbisa dan di ikuti oleh Dato Najib. Malah, Dr Mahathir dah beri kata dua- kalau UMNO ketandusan sangat calun, pertandingkan dia.

UMNO sekarang berdepan dengan dilemma. Adakah pucuk pimpinan sanggup bertembung dengan ahli ahli UMNO? Ahli UMNO sekarang bukan seperti ahli UMNO yang dulu dulu yang akan menerima apa arahan pucuk pimpinan tanpa soal. UMNO hari ini sudah banyak panglima di perbatasan dan mereka mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Pengaruh pucuk pimpinan keatas ahli UMNO pun kian luntur. Barang di ingat, dalam pilihanraya ke12 tempoh hari, satu juta lebih ahli UMNO tidak mengundi calun UMNO sendiri. Calun calun UMNO hanya memperolehi 2.38 juta undi dari 5 juta lebih undi orang Melayu yang bermakna, 3 juta lebih orang Melayu( termasuk 1 juta lebih ahli UMNO sendiri) tidak memilih UMNO.

Yang mana satu pimpinan UMNO nak selamatkan? Mengembalikan kesetiaan ahli atau memenangi hati pengundi? Pengundi lebih ramai daripada ahli UMNO. Yang hendakkan perubahan ialah rakyat jelata yang sudah menzahirkan kejengkilan mereka terhadap UMNO dan nilai nilai yang di bangunkan oleh UMNO.

Apa yang UMNO hendak sekarang? Menang Bagan Pinang atau memulakan perubahan? Saya hanya merasa pelik- mengapa perubahan mahu di mulakan di peringkat ADUN? Ikan kalau buruk, mula nya di kepala. Secara lojik nya, mulakan perubahan di kepala organisasi- yakni di peringkat pucuk kepimpinan parti dan kerajaan. Tunjukkan ketegasan kita dengan menghumban keluar pemimpin yang korap, yang tidak lagi releven kepada kerajaan dan parti.

Pimpinan UMNO hendak terkencing dalam seluar. Mereka telah menjatuhkan hukuman keatas Isa 3 tahun yang lalu. Mustahil, mereka membelakangkan hukuman yang mereka sendiri telah jatuhkan. Merobah keputusan tersebut akan mengesahkan tanggapan bahawa hukuman keatas ISA adalah hasil permainan intrig politik dalaman.

Tapi, tidak memilih Isa, akan meninggikan peluang untuk tewas. Dan jika UMNO tewas, langit kian mendung untuk UMNO.

Read more...

Saturday, September 26, 2009

Dato Rahim Bakar dalam Kenangan




Apakah satu satu nya ingatan yang kebanyakan dari kami, jenerasi immediately selepas Dato Rahim Bakar ada tentang beliau? Dalam tahun2 akhir 70an, saya baru hendak memasuki university Malaya. Rahim Bakar ketika itu sudah pun jadi menteri Besar Pahang. Memory yang terpahat dalam ingatan kami dan memberi impression kepada pelajar pelajar university ialah Rahim Bakar adalah jebat moden.

Beliau lah orang yang di katakana 'mendurhaka' kepada Sultan Pahang melalui keengganan beliau meluluskan kawasan balak tambahan kepada pihak Istana. Tapi ramai orang hanya menumpukan kepada aspek ini sahaja didalam menilai Rahim Bakar. Walhal, Dato Rahim Bakar lebih ketara dalam perwatakan nya sebagai seoang yang mempunyai no-nonsence dalam mentadbir negeri Pahang. Sebelum memasuki lapangan polituik, Rahim Bakar sudah pun mejadi pengurus besar PKNP ketika itu. Bakat pengurusan nya di 'lihat' oeh Hussein Onn yang menjadi PM. Hussein Onn sebagai mana yang kita tahu ialah seorang yang hidup dengan disiplin. Dalam Rahim Bakar, Hussein Onn melihat ujud suatu 'kindered spirit'. Rahim Bakar di lihat sebagai seorang yang mahu menjalankan kerja yang betul dan betul betul kerja.

Kehadiran Rahim Bakar dalam senario politik Pahang yang di ramaikan dengan tokoh tokoh yang melihat tugas wakil rakyat dan ahli politik sebagai suatu kerjaya yang hanya untuk mengisi masa dengan keraian dan suka ria, tentulah mengjengkilkan Rahim Bakar yang berperwatakan ' a man in a hurry'. Terlalu banyak perkara yang di lihatnya perlu di tukar. Working ethics sang wakil rakyat, cara negeri memantau pengurusan syarikat syarikat milik kerajaan dan yang terlebih penting, bagaimana kerajaan negeri menjalankan amanah mengurus harta benda milik rakyat.

Saya berpeluang berjumpa dengan Dato Rahim Bakar beberapa kali. Dato Rahim Bakar merupakan seorang sahabat karib kepada rakan saya, Wan Iqbal Wan Hamid. Wan Iqbal seperti saya, merupakan bekas ADUN dalam satu kawasan di Parlimen Pekan. Rahim Bakar banyak menhadhiri majlis majlis yang di adakan oleh Wan Iqbal sama ada bersifat rasmi atau secara informal seperti majlis makan makan di rumah Wan Iqbal. Rahim Bakar has no problem interacting with a younger and crtical generation.

Maka di rumah saudara Wan Iqbal inilah saya berkesempatan bertemu dengan Dato Rahim Bakar dan berpeluang mendengar dan menimbang 'kedalaman' fikiran Dato Rahim Bakar. Kali terakhir saya berjumpa dengan Rahim Bakar ialah kira kira 5-6 bulan yang lalu di rumah Wan Iqbal. Kebetulan waktu itu, hanya kami bertiga sahaja yang ada dan kami telah dapat bercakap secara terbuka dan candid.

Dato Rahim Bakar ada menyentuh mengenai pergeseran dengan pihak Istana. Cerita nya tidak lah seperti yang di gambarkan oleh pihak media. Diantara beliau dengan pihak Istana tidak ada pergeseran yang fundamental. Rahim Bakar terus dan secara konsisten, mendaulatkan institusi Istana. Dia hanya berbeza pendapat apabila kepentingan rakyat tidak sehaluan dengan kepentingan Istana. Dan apabila kepentingan rakyat bertembung dengan kepentingan Istana, kepentingan rakyat di dahulukan. Ertinya, Rahim Bakar melihat tugas primary nya ialah menjadi menteri besar kepada rakyat. Dia tidak berkonflik dengan pihak Istana- dia hanya tidak berkompromi diatas kepentingan rakyat.

Konflik yang terurai ke pengetahun umum dan di dramakan oleh pihak media, adalah suatu konflik yang di reka oleh petualang petualang politik. Rahim Bakar menerangkan bahawa kehendak pihak istana semua di selesaikan setakat yang di perbolehkan. Selebih yang di perbolehkan, Rahim Bakar bertegas dalam hal tersebut. Yang tak boleh, tetap tidak di bolehkan. Dan dia tidak buat keputusan sendiri. Kesemua di bincang dalam exco. Dan Rahim Bakar menerangkan dalam banyak kes, exco bersetuju dengan tindakan yang di ambil. Mistake Rahim Bakar ialah membuat andaian semua orang ikhlas seperti nya. Sebab ada dalam barisan exco dan ADUN2 ketika itu yang bermuka muka. Mereka lah yang berkejaran ke istana menambahkan cerita bahawa Rahim Bakar lah ketua pendurhaka.

Apa yang saya hendak nyatakan disini, ialah Rahim Bakar tidak berkonflik dengan istana. Aspek ini sengaja di gembar gemburkan oleh musuh poilitik nya. Apa yang dia ada, yang tersangat kurang pada diri kebanyakan pimpinan UMNO hari ini ialah tidak berkompromi diatas prinsip.

Ada dua perkara yang saya ingat daripada pertemuan saya dan rakan rakan lain dengan Rahim Bakar. Kali pertama saya berjumpa dengan Rahim Bakar ialah sebaik sahaja pilihanraya ke 12 berlansung. Kami telah bertemu di rumah Wan Iqbal untuk bertukar tukar pendapat mengenai masa depan UMNO.

Dalam pertemuan yang pertama ini, beberepa bakas ADUN yang di gugurkan hadir sama. Majlis kali pertama di hadiri 7-8 orang. Terdapat 2 atau 3 orang yang telah memutuskan untuk berkerat arang dan berpatah rotan dengan UMNO. Mereka telah memberi alasan mengapa UMNO yang menyepak mereka keluar, harus di tinggalkan.

Rahim Bakar yang merupakan bekas MB dan bekas Ahli MKT UMNO mendengar dengan penuh perasaan 'kebapaan' terhadap rintihan bekas bekas ADUN.

Pada penghujung perbincangan Rahim Bakar telah bertanya satu soalan. Sudahkah anda semua fikirkan mengenai alternative kepada UMNO?

Soalan tersebut disambut dengan beberapa jawapan yang tidak bersemangat dan kurang meyakinkan. Rahim Bakar meneruskan- with respect kepada perasaan yang menyerlah pada hari ini, kita semua kena fikirkan mengenai alternative kepada UMNO.

UMNO itu, landasan perjuangan nya apa? Jawapan nya ialah Melayu dan Islam. Ini prinsip asas UMNO. Melayu erti nya, UMNO itu tempat suaka tenteram orang Melayu. Itulah tempat bergantung harap orang Melayu ketika susah dan perlindungan kepada malapetaka. Bagaimana status sebagai tempat bergantung harap dan bentuk mana perlindungan di beri tertakluk kepada kualiti kepimpinan UMNO. Bahagian itu kita boleh berbeza pendapat tapi bahagian fundamentals dan asas kita tidak berkompromi. UMNO tidak boleh meningalkan dua perkara ini- iaitu peranan nya sebagai tempat bergantung orang Melayu dan pendukung agama Islam.

Saya faham saudara saudara semua tengah marah- tapi fikirkan hal ini. Boleh kah PKR memainkan peranan ini? Saya tidak fikir mereka boleh lakukan ini. Kepada saya, UMNO sudah pun nazak, kerana ia sudah tidak faham fundamentals perjuangan UMNO. Alternative yang paling serious saya lihat ialah PAS. Sama ada saudara boleh melanggani prinsip perjuangan PAS, saya tidak tahu.

Saya tidak menyokong atau suruh saudara saudara menyokong PAS. Tapi lihat secara rasional- jika UMNO gagal, alternative nya hanya satu- PAS. Saya tak cadang kita semua berbondong bondong masuk PAS- tapi think of the possibility of aligning with PAS.

Rahim Bakar telah berjaya mengutarakan satu persoalan yang membuat ramai antara kami melupakan tujuan kami bertemu pagi itu. Secara kebetulan, dalam pertemuan itu, seorang emissary dari PKR juga turut hadir. Kami telah memberi dia peluang untuk berkempen mengapa PKR pilihan lebih baik dari UMNO.

KALI TERAKHIR.

You tahu, ariff, Musa Hitam once told me- penyakit UMNO ni ialah penyakit tua. Ubat nya ialah meremajakan UMNO.

Saya tak tahu macam mana Musa Hitam berfikir, tapi pada saya, penghujung sakit tua ialah mati. Ini yang saya tengok berlaku pada UMNO. Tengok saja kualiti pimpinan UMNO. Ada setengah nya( identity di lindungi) entah apa apa cakap nya? Saya sendiri pun pernah menyergah pemimpin ini- apa yang kau cakap ini? Berbelit belit lah- kalau aku tak faham, orang lain lagi tak faham.

Saya lihat masaalah UMNO sekarang ialah masaalah mutu kepimpinan. Tak de prinsip. Sebab itu negeri Pahang ni tergadai. You tengok, berapa bayak harta benda negeri ini yang tergadai. Saya pergi ke Rompin tempoh hari, saya lalu ikut jalan Kuantan-Segamat. Tiba tiba saya tengok ladang IOI. Aik, saya tanya dalam hati- bila pulak IOI ini ada kat Pahang? Saya rasa masa saya dulu, saya lulus tanah ini kepada LKPP. Saya tanya rakan saya dalam kerajaan- macam mana ni terjadi. Bukan kah taanah ni LKPP punya dulu? Oh- LKPP kena paksa jual ke satu pihak, pihak ini yang jual ke IOI.

You tengok pula Berjaya Resort di Tioman. Ini dulu LKPP juga yang punya. Apa pasal LKPP jual ke Berjaya. It's the same modus operandi , kata Dato Rahim Bakar.

What's wrong with UMNO sekarang? You ada so many fronts to lawan. Tekanan Islam, pressure dari jenerasi muda, dari UMNO warlords,. Dalam keadaan begini, you perlu ketegasan. Don't compromise.

Saya nak beritau you satu wisdom yang saya sendiri belajar dari Hussein Onn. You tahu, dia ini bekas askar. Penuh disiplin dan ada ilmu ketenteraan. Dia kata pada saya- Rahim, you remember this- you want to go into battle, don't open up so many fronts.

Itulah beberapa perkara yang saya dapat ingat dari perbualan saya dengan Dato Rahim Bakar. Setelah bersalaman dan berassalamualaikum, kami pun beredar dari rumah Wan Iqbal. Rahim Bakar drove off in his trusted old Benz with the number plate 55. Alfatihah- semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh nya.

Read more...

Thursday, September 24, 2009

Perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang.


Marilah kita berusaha meningkatkan mutu perdebatan dalam Dewan Undangan Negeri. Ini topik yang saya hendak huraikan hari ini. Terutama menjelang perbahasan mengenai belanjawan negeri Pahang yang akan datang.

Setiap kali saya jadi bingung mendengar penghujjahan dan perbahasan yang dangkal. Apatah lagi jika inti perbahasan di fikirkan secara sambilan dan secara sambil lalu. Hasil nya ialah perbahasan yang cetek dan hanya mempunyai nilai buat orang ketawa. Perbahasan dalam Dewan adalah serious business. Yang memerhati kita ialah ketua ketua jabatan yang mempunyai kelulusan tinggi. Mereka boleh menilai keupayaan kita melalui cara kita menyampaikan hujjah dan pengnukilan isi penghujjahan kita.

Jika kita datang dalam Dewan bercakap fasal permainan bola sepak, cerita ayam dan itik di kampong, longkang pecah dan atap bocor, itu hanya mendedahkan kegagalan kita untuk memberI pengutamaan keatas perkara yang kita urus. We don't know how to prioritise. Semua hal hal ini boleh di perdebatkan dalam mesyuarat pembangunan daerah. Janganlah kita menyemakkan masa terhad dalam Dewan dengan cerita atuk nenek ini.

Sebagai orang awam, saya mahukan sebagai contoh, semua Ahli Dewan memberi pandangan terhadap belanjawan negeri. Kita semua tahu belanjawan kita selalu nya deficit. Tapi jangan lah mengeluarkan hujjah yang bodoh dan dangkal menyatakan- tidak mengapa sebab kita perlu belanja kerana kita nak tolong orang miskin.Sikap semberono macam ini menunjukkan kita tidak ada disiplin. Setiap kali sidang belanjawan inilah hujjah yang sering kedengaran. Memang lah benar, kita tahu, kita berasa sedap dan syok bila dapat bantu orang miskin tapi kita mestilah menghubungkan keinginan ingin ber-welfare kepada kemampuan kita menjana lebihan pendapatan. Ini duit hasil cukai keatas rakyat bukan duit atuk kita.

Dan cubalah faham sikit mengenai struktur bajet. Bahagian yang mana yang deficit? Kalau deficit itu dalam bahagian pembangunan- development expenditure, tentulah itu tidak mengapa. Sebab kita mesti berbelanja meningkatkan kemampuan menjana kekayaan dan sehubungan dengan itu, kita kena membiayai keperluan capex. Kalau tak tahu capex , baik jangan duduk dalam dewan.

Kita semua tahu MB akan kata, hasil dari cukai, pelaburan dan lain2 sumber tahun lalu ialah 600 juta. Tapi kita kena belanja 1 billion. Ini contoh. Belanja > dari Hasil maka kita pun berada dalam deficit. Deficit terkumpul pula, iaitu kalau kita jumlahkan defisit dari 10 tahun ke belakang, boleh jadi deficit kita 200 juta. Ini jumlah yang besar. Deficit terkumpul sudah menjadi 1/3 dari hasil semasa. Kalau kita bandingkan pula deficit terkumpul dengan hasil terkumpul, peratusan nya mungkin juga besar. Deficit bukan suatu perkara yang boleh di pooh pooh kan. Kita kena kaji. Kena guna sikit bahan yang ada antara dua telinga tu.

Ahli Dewan mestilah memerhatikan sama ada deficit tersebut di sumbangkan oleh operating expenditure. Kalau bahagian ini yang mengalami deficit, ianya suatu yang membimbangkan. Ia boleh mencerminkan kelonggaran disiplin dalam mengawal perbelanjaan oleh jabatan dan ketua jabatan. Jika ini terjadi, Ahli Dewan mesti membuat teguran jangan diam sahaja. Kita pilih awak semua untuk bercakap hal hal ini lah bukan cakap pasal longkang pecah, atap bocor dan sebagai nya. Secara kebetulan pula, ini hal hal yang selalu di bangkitkan oleh Ahli Dewan berbangsa Melayu. Ahli dewan Cina jarang bercakap fasal hal2 sebegini. Mereka cakap fasal kekurangan premis perniagaan, fasal mendapatkan tempat di university dan mengenai peluang mendapatkan bantuan kewangan setelah dapat tempat di university.

Ahli dewan Melayu hanya bertaraf mandor sahaja memantau jalan yang pecah, atap bocor dan jaga jabatan kebajikan masyarakat.

Kita pun selalu dengar bahawa kerajaan sedang berusaha mencari sumber baru menjana pendapatan. Kita dah dengar hal ini bertahun tahun lama nya, tapi tak ada hasil pun.

Kenapa tidak Ahli Dewan menumpukan dan menggerakkan otak mencari jalan bagaimana kita boleh meningkatkan hasil negeri dengan menambah elokkan kaedah menjana hasil yang sedia ada. Mungkin jawapan nya tidak memerlukan pencarian sumber baru. Mengelokkan kaedah yang sedia ada mungkin jawapan yang terbaik.

Sebagai contoh hasil dari balak. Kita mesti berhentikan cara mengeksploitasi hutan secara sekarang. Kerajaan negeri mengeluarkan kawasan kawasan kepada syarikat pembalakan. Kerajaan dapat hasil daripada bayaran premium dan hasil cukai keatas kayu.

Syarikat pembalakan membayar premium dan bayar cukai dan memasuki kawasan yang telah di luluskan. Walaupun mereka kena bayaran, dan menanggung pula kos tambahan untuk memotong dan seterusnya menjadikan kayu balak kepada papan potong, mereka masih boleh mendapat laba yang banyak. Jika mereka masih lagi boleh untung, bermakna, kerajaan masih ada ruang untuk meningkatkan hasil untuk kerajaan negeri. Industri kayu masih merupakan industri yang lumayan.

Kaedah yang di lakukan sekarang menyumbangkan kepada pencerobohan kawasan dan pencurian kayu. Syarikat yang di luluskan 100 ekar akan menghentam 200 ekar. Sesempat sahaja renjer pejabat hutan sampai, keadaan nya sudah terlambat. Dan perkerja di pejabat hutan pun tergolong kepada ketagori yang boleh di tumbuk rusuk dengan mudah pulak.

Cuba kita ubah kaedah mendapatkan hasil dari hutan. Sebagai contoh kerajaan negeri melantik syarikat syarikat penebangan pokok dan cuci hutan yang di perakui. Hanya mereka sahaja di beri tauliah untuk menebang pokok2 dari mana2 kawasan.

Pokok2 yang di tebang semua nya di kumpulkan dalam bonded matau atau bonded timber market. Kayu kayu yang di kumpul boleh di beli oleh semua pengusaha balak dari premis yang di kawal secara mutlak oleh kerajaan. Ini juga contoh pasaran yang terbuka.

Dengan cara ini, kita tahu, sesiapa yang menebang pokok bukan daripada kontraktor yang beratauliah adalah pencuri pokok. Tangkap dan hukum mereka. Jika di Thailand, sesiapa yang di tangkap ketika menebang pokok secara haram akan di tembak.

Selain dari mengurangkan pencurian pokok dan pencerobohan kawasan, kerajaan dapat menyelia dan merancang dengan lebih teliti eksploitasi hutan negeri kita.Sesiapa sahaja ada peluang yang sama untuk beli hasil hutan. Mereka boleh pergi ke bonded matau untuk beli balak. Setelah itu, apa yang mereka hendak lakukan dengan balak yang di beli, ikut suka meerka.

Kerajaan dapat memaksimakan hasil mereka. Sogokan dan tumbuk rusuk dapat di minimakan. Kerajaan dapat tahu dengan serta merta cukai yang di kenakan dan hasil jualan kayu per tan.

Jumlah padu kayu kayan tidak lagi jadi guesswork bergantung kepada anggaran kasar renjer yang bertugas. Kalau renjer under estimate bagaimana? Si tauke balak hanya perlu bayar hasil yang kecil akibat dari guesstimate sang renjer. Pekara ini dapat di elakkan. Tauke balak beli sebanyak mana kayu yang mereka hendak beli. Mereka tak perlu bayar premium lagi. Mereka bayar harga kayu ikut tan dan bayar cukai keatas kayu. Kos premium dan cukai keatas kayu di satukan dan di serapkan dalam harga yang standard. Jadi harga balak per tan adalah harga komposit yang merangkumi kos cukai, kos premium, kos pengeluaran dan harga pasaran kayu.

Kerajaan tidak perlu lagi dah melayan pengusaha pengusaha swasta yang merogol hutan belantara Pahang. Cuba kita bayangkan berapa banyak hasil yang terbuang dengan menggunakan kaedah yang ada sekarang. Bayaran bayaran adalah bayaran agak agak sahaja. Kawasan selalu kena ceroboh kayu selalu kena curi. Sebab kita beri mereka kebebasan mutlak untuk potong dan kita berharap kepada kejujuran mereka melapur apa yang mereka tebang. Saya tidak pernah dengar ujud nya tauke balak yang jujur. Pegawai jabatan hutan pun manusia yang terdedah kepada rasuah dan tumbuk rusuk. Kadang kadang kalau tak mahu terima, kena ugut dengan pistol.

Read more...

Tuesday, September 22, 2009

Oh...undi pos!


 

Astagha…, saya dengar pengempen PAS mahu mohon kelulusan dari komandan kem untuk kempen dalam kem. Kalau tak boleh, kempen luar pagar pun takpe.

Apa pasal PAS ni beria sangat nak kempen dalam kem? Pastikah mereka yang orang dalam kem akan beri undi mutlak kepada calun UMNO? Atau jika mereka bebas mengundi dalam kaedah yang di mahukan oleh PR, maka askar akan mengundi PAS? Saya nak beritau orang PAS- dan perkara ini kita akui- bukan semua pegawai tentetra pro UMNO. Yang tidak sokong UMNO dia orang akan kempen kepada anggota di bawah pemerintahan mereka. Kemudian, prebet sama prebet, dia orang pun kempen sesama sendiri. Bukan dia orang duduk dalam kem tak bercampur gaul dengan masyarakat luar. Mereka pun baca internet, surat khabar dan lain lain bentuk media. Mereka tidak berkawat 24 jam.

Fakta nya ialah pusat mengundi tentera ialah dalam kem di mana mereka bertugas. Jika ada anggota yang bertugas di luar kem, desptach akan pergi membawa kertas undi kepada mereka. Peratusan yang bertuas di luar kem, tidak lah begitu ramai dan mungkin tidak banyak mempengaruhi keputusan undi.

Walaupun berada di bawah pengawasan ketika mengundi, ada juga pengundi pos yang memilih pembangkang. Dalam pilihanraya 1999, anggota kem tentera udara batu 10 Kuantan telah mengundi pembangkang. Dalam tahun 2008, tentera di kem tentera laut Tanjung Gelang Kuantan, menolak calun UMNO/BN sebab calun tersebut tidak memberi perkhidmatan yang baik. Dalam analisa akhir, tentera mengundi siapa yang mereka fikir lebih mesra dengan mereka.

Dan tidak ada siapa yang boleh tahu siapa anggota tentera berkenaan mengundi ketika membuang undi. Senarai pengundi berdaftar yang di sahkan oleh SPR di serahkan kepada pegawai petugas. Pada waktu mengundi, pegawai bertugas akan memanggil seorang demi seorang dan menyerahkan borong mengundi kepada mereka. Anggota akan mengambil borang tersebut, masuk ke tempat mengundi dan memangkah siapa dia suka. Siapa pun tak tahu siapakah yang mereka pilih.

Tidak pernah pegwai bertugas meneriak- corporal Kit Siang- ini borang kamu. Kamu mesti undi PAS kalau tak potong RM10 dari gaji. Atau Sgt Khalid, ini borang kamu, kamu mesti undi UMNO. Pak Hj dari Pas dan mamat UMNO ada kat sana memerhati dengan mata terbeliak.

Dan ketika proses pengundian berjalan, masing masing parti yang bertanding mempunyai wakil permerhati masing masing. Kecuali mereka tunggul kayu atau tidur, mereka akan menegur ketika itu juga sebarang salah laku. Selesai mengundi, kesemua kertas undi akan di seal dan di hantar ke pusat membilang undi juga di bawah penjagaan dan kawalan setiap masa.

Jadi semua cakap cakap, bahawa undi pos gerenti membawa kemenangan kepada UMNO dan BN adalah suatu pembohongan sahaja. Apa kata, kalau kem komanden, Brig Gen yang memerintah itu bengang kepada UMNO? Tidak ada yang menghalang dia kempen anak buah nya supaya jangan undi UMNO. Katalah ada Brig Gen yang berbuat demikian, sama ada anak buah hendak dengar atau tidak arahan komanden, kita tidak pasti. Ini bukan suatu perintah pegawai atasan yang mesti di ikuti.

Tukang kempen pihak pembangkan buat kerja macam takde otak. Orang UMNO pun tak boleh masuk kem tentera untuk kempen. Kecuali mereka berani nak melepasi sentry yang pegang M16. Jadi macam mana, nak kempen dalam kem tentera? Ini kawasan larangan untuk orang awam.

Wakil rakyat kawasan pun tak boleh masuk sesuka hati kedalam kem tentera. Kalau komanden tidak beri, awak tak boleh masuk.

Kita Tanya mengapa secara umum nya, pengundi dalam kem tentra mengundi kerajaan? Jawapan nya ialah membalas budi. Ertinya, tentera kita faham apa itu budi perkerti mulia.

Cuba bayangkan. Kem komanden hanya seorang. Pegawai2 pun adalah golongan minority. Yang majority ialah tentera peringkat bawahan. Analisa mereka.

Bayangkan ini. Kita ambil ribuan anak kampong yang mengangur- beri mereka jadi tentera. Mereka di beri disiplin. Mereka di beri latihan dan kemahiran. Di beri tempat duduk, makan terjaga. Kebajikan terjaga. Mereka bergaul dengan rakan rakan yang dating dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Dari dunia yang tertutup mereka melalui pengalaman yang mengayakan.

Jadi apabila mereka mengundi, mereka mengundi siapa yang mereka lihat telah bertanggung jawab menjadikan mereka kepada manusia yang lebih bernilai. Tindak balas yang murni ialah membalas budi.

Jadi bila kaki huru hara PAS ini terpekik terlolong mencerca cara tentera mengundi, apa yang geng PAS mahu lakukan? Mereka tak mahu tentera berbudi perkerti elok. Katakan kepada saya, tidak kah sikap ini sikap yang zalim?

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

no of visitors

Our Blogger Templates

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP